Hi, Welcome to my blog, enjoy reading.
RSS

Thursday, February 10, 2011

Our Memory~5 Luhur'2009(SMK CP)

Our Memories~5 Luhur'2009(SMK CP) from Ng Chen Wei on Vimeo.

Friday, October 1, 2010

Gathering for 5 Luhur-BBQ + Steamboat~~Change date to 16 Oct 2010(Saturday)

Sorry to all my friends those are atteding Gathering for 5 Luhur-BBQ + Steamboat,we want to change date coz on that day the restoran ady book by wedding party.So we wan change to 16 oct.You all ok?

Tuesday, August 24, 2010

Gathering for 5 Luhur-BBQ + Steamboat

Attention to all 5 luhur'09 student,Gathering for 5 Luhur-BBQ + Steamboat already change to 09/10/2010....coz some technical problem....so hope all can come.....Please come gathering....gt important thing to tell u all....TQ...^^
Date:Saturday, 16 October 2010
Time:18:00 - 23:00
Place:Restoran Sri Q-THAI
Lot 30632, Jalan Tun Perak 5, Taman Tun Perak,

Thai Steamboat~Eat All U Can
*All food served is Halal

BUFFET MENU @ RM 22 NETT PER PAX(may be will lower than that)
~Authentic Thai Tom Yam Seafood Soup
~Deep Fried Fish with Golden Butter Sauce
~Stir Fried Chicken with Sweet Basil Leaves Sauce
~Mixed Vegetables with Oyster sauce
~Deep Fried Kang Kung Salad(complimentory)
~Jasmine White Rice
~Desserts: Fresh Fruits Garden Platter,Ais Krim
~Dan Lain-lain.......
~Over 150's Variety Items

Try to forward to other friends.....
Who want go,please comment at here...
Who need transpot,please let me know early...!!!
Expriy date is 2/10/10....
Any inquiry,just comment here or sms/call me....i will reply as soon as possible....



Thursday, May 6, 2010

Semakan Tawaran Ke Tingkatan 6 Bawah Tahun 2010

Sukacita dimaklumkan Semakan Tawaran Kemasukan ke Tingkatan Enam Bawah Sesi 2010 boleh disemak melalui laman sesawang www.moe.gov.my mulai 3 Mei 2010 hingga 1 Jun 2010.

Harap maklum.

http://apps.emoe.gov.my/form6/semakan2010/index.cfm

Monday, April 12, 2010

Tarikh Pengumuman Keputusan Kemasukan ke Matrikulasi KPM Sesi 2010/2011

Salam sejahtera buat semua.

Akhirnya, tanda tanya tarikh pengumuman dan semakan keputusan untuk kemasukan ke Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi sesi 2010/2011 telah diumumkan. Baca lanjut di bawah.

Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah membuat permohonan untuk mengikuti program matrikulasi, boleh mengetahui keputusan permohonan mereka mulai 16 April ini.


Cara Semakan Keputusan Kemasukan ke Matrikulasi
Menurut Kementerian Pelajaran, semakan boleh dibuat dengan melayari laman web rasmi KPM/MOE dan memasukkan nombor kad pengenalan serta angka giliran SPM pemohon.

Semakan juga boleh dibuat dengan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip perkataan MOEMATNO KP (pelajar) dan hantar ke talian 15888.

Talian bantuan Bahagian Matrikulasi iaitu 03-88844100 juga boleh dihubungi mulai tarikh yang sama dari pukul 8.30 pagi hingga 4 petang (hari bekerja sahaja) untuk mengetahui keputusan permohonan tersebut.

Tarikh pendaftaran pelajar matrikulasi ialah pada 10 Mei dan surat tawaran serta maklumat lanjut tentang pendaftaran, yuran dan sebagainya akan dihantar oleh kolej matrikulasi atau kolej Mara berkenaan.

Rayuan
Pelajar yang layak dan telah memohon, namun gagal mendapat tempat boleh membuat rayuan terus melalui internet mulai 16 hingga 30 April.

Keputusan rayuan boleh diketahui pada 24 Mei melalui laman web, SMS serta talian bantuan Bahagian Matrikulasi.




Sumber drpd:beliamuda.com

Wednesday, March 17, 2010

(Notis Awal) Keputusan Permohonan Matrikulasi Sesi 2010

Salam sejahtera buat semua.

Saya telah dihujani dengan pelbagai soalan yang kebanyakannya berbunyi begini (terutama selepas keputusan SPM 2009 diumumkan);

“Saya terlepas membuat semakan keputusan matrikulasi tempoh hari, macam mana?”

“Macam mana mahu menyemak keputusan matrikulasi 2010?”

Saya faham bagaimana perasaan pelajar lepasa SPM yang tidak sabar menunggu keputusan Matrikulasi yang akan menentukan hala tuju pembelajaran mereka seterusnya, tapi saya dapati terdapat salah faham tentang keputusan permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2010 ini.


Ramai pelajar yang tersalah anggap semakan permohonan Matrikulasi pada bulan Februari tempoh hari sebagai semakan keputusan kemasukan ke Matrikulasi. Semakan itu adalah (seperti yang tertulis dalam entri tersebut) adalah untuk melakukan pembetulan kepada data-data dalam permohonan Matrikulasi sesi tahun ini. Keputusan kemasukan dijangka akan diumumkan pada pertengahan April.

Ada juga yang risau kerana mereka tidak melakukan semakan / pembetulan dalam tempoh berkenaan. Saya difahamkan yang semakan / pembetulan tersebut adalah untuk suatu yang harus. Maknanya, jika tiada keperluan, anda tidak perlu melakukannya. Bagi yang masih risau atau ada apa-apa masalah berkaitan, anda disarankan untuk menghubungi terus Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) seperti di bawah:

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi talian bantuan Bahagian Matrikulasi di 03 8884 4100 atau kunjungi laman web Bahagian Matrikulasi.



Sumber:beliamuda {dot} com

Semakan Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2010/2011

Salam sejahtera buat semua.

Seperti yang diberitahu dalam pengumuman Tarikh Semakan Program Matrikulasi Sesi 2010/2011, para pemohon boleh mula membuat semakan mulai hari ini, 8 Februari sehingga 19 Februari 2010.

Semakan ini terbuka kepada semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sudah membuat Permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran sesi 2010/2011.


Proses semakan dan kemaskini boleh dilakukan di laman web Perkhidmatan Aplikasi Dalam Talian Kementerian Pelajaran, Semakan Permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran sesi 2010/2011. Untuk membuat semakan dan kemaskini, pelajar hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran SPM sebelum membuat pindaan dan pembetulan.

Ini bagi memberi peluang kepada pelajar yang telah membuat permohonan mengemas kini atau membetulkan mengenai maklumat diri, alamat, nombor telefon, e-mel dan kolej pilihan (seperti yang dimaklumkan sebelum ini).

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi talian bantuan Bahagian Matrikulasi di 03 8884 4100 atau kunjungi laman web Bahagian Matrikulasi.

Talian bantuan ini boleh dihubungi mulai 8 Februari sehingga 19 Februari dari jam 8.30 pagi hingga 4 petang pada hari bekerja sahaja.


Sumber:beliamuda {dot} com

Thursday, March 11, 2010

Ringkasan Keputusan SPM 2009

Salam sejahtera buat semua.

Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu oleh kesemua pelajar lepasan SPM dan STAM 2009 tiba jua. Keputusan SPM dan STAM 2009 telah pun diumumkan pada hari ini (awal pagi tadi) dan saya jangka hampir kesemua pelajar terbabit telah mengetahui keputusan masing-masing. Tahniah buat yang berjaya dan teruskan perjalanan anda ke peringkat pengajian yang seterusnya.


Pada tahun ini, seramai 7,987 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memperoleh gred cemerlang (A+, A, dan/atau A-) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 6,277 pada 2008.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata daripada jumlah itu, seramai 214 calon berjaya memperoleh gred Cemerlang Tertinggi (A+) bagi penggredan baru yang mula diperkenalkan tahun lalu.

Turut diumumkan ialah pelajar terbaik bagi SPM 2009 iaitu Gladys Tan Yee Kim dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Green Road, Kuching, Sarawak dan Sekolah Menengah Sains Seremban, Negeri Sembilan sebagai sekolah terbaik.

10 Pelajar Terbaik SPM 2009
Gladys Tan Yee Kim (SMK Green Road Kuching, Sarawak)
Grace Kiew Sze-Ern (SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor)
Khadijah Ahmad Jais (SM Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan)
Akmal Hidayat Sabri (SMK Derma, Kangar, Perlis)
Syamilah Mahali (Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Negeri Sembilan)
Lee Wei Ling (SMK Taman Melawati, Selangor)
Nur Syuhadah Muhamad (SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu, Kelantan)
Lai Yin Kwin (SMK Tinggi Melaka, Melaka)
Corinne Gunn Huey Min (SMK Taman Melawati, Selangor)
Hu May Khei (SMK Convent, Taiping, Perak).


10 Sekolah Terbaik SPM 2009
Sekolah Menengah Sains Seremban, Negeri Sembilan
Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak, Jalan Sungai Pusu, Gombak, Kuala Lumpur
Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor
Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur
SBPI Rawang, Selangor
Sekolah Menengah Sains Muar, Johor
SBPI Temerloh, Pahang
SMK Infant Jesus Convent, Johor Bahru, Johor
Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Negeri Sembilan.



Ringkasan ini dipetik daripada BERNAMA.



beliamuda: Buat yang tidak berjaya, hayati kata-kata yang dipetik daripada trek nombor tujuh lagu baru Saujana daripada album Nota Cinta yang bertajuk Patah Hati, “Patah hati, jangan terdampar sepi, jangan tersungkur mati. Patah hati, jangan leburkan mimpi, jangan memakan diri.“


-chen wei-5L

Thursday, March 4, 2010

Tarikh Keputusan Rasmi SPM dan STAM 2009

Salam sejahtera buat semua.

Setelah pelbagai spekulasi tentang tarikh keputusan SPM 2009 dan khabar angin keputusan SPM 2009, akhirnya pengumuman rasmi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk tahun 2009 telah diumumkan. Turut diumumkan ialah tarikh pengumuman rasmi keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2009.

Keputusan SPM dan STAM 2009 akan diumumkan pada hari khamis ini iaitu 11 Mac 2010.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, keputusan akan dikeluarkan di sekolah-sekolah mulai pukul 10 pagi.


Calon persendirian pula akan menerima keputusan masing-masing melalui pos yang dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

Sejumlah 165,853 calon menduduki peperiksaan bertulis SPM di 3,569 pusat peperiksaan di seluruh negara yang bermula pada 18 November hingga 16 Disember lepas.

Seramai 6,920 calon pula menduduki peperiksaan STAM di 98 buah pusat peperiksaan yang berlangsung dari 19 hingga 27 Oktober lepas.




Information from:http://beliamuda.com/2010/03/tarikh-keputusan-rasmi-spm-dan-stam-2009/


By:Chen Wei*09*

Saturday, February 20, 2010

Pengambilan Keputusan SPM 2009

Maklumat Terkini:
28-2-2010 result SPM sampat ke JPN.
Result SPM akan diumumkan pada 16-32010 hari selasa.
Get Ready!!!!
Pls tell to onter 09'SPM student.


Form:Chen Wei;21/2/10

Saturday, December 12, 2009

Garis Panduan Mata Pelajaran Tambahan SPM

KUALA LUMPUR: Mata pelajaran tambahan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diambil kira dalam penganugerahan Biasiswa Nasional tajaan kerajaan sekiranya ianya termasuk dalam 10 mata pelajaran maksimum yang diambil oleh calon, kata Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom hari ini.

Bahasa Arab juga termasuk dalam senarai mata pelajaran tambahan selain daripada Bahasa Cina atau Tamil dan Kesusasteraan Cina dan Tamil.

Mata pelajaran tambahan tidak boleh diganti dengan mata pelajaran lain.

"Mata pelajaran tambahan yang dinyatakan di atas akan hanya diambil kira dengan pengiraan mata, bagi tujuan kemasukan ke kursus-kursus Pengajian Bahasa Tamil atau Bahasa Cina atau Bahasa Arab atau kursus-kursus berkaitan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA)," kata beliau dalam satu kenyataan.

Alimuddin berkata keputusan kedua-dua mata pelajaran tambahan tersebut akan dicatatkan pada sijil SPM yang sama dan juga boleh digunakan bagi menyertai latihan penguruan bagi pelantikan guru Bahasa Cina, Bahasa Tamil atau Bahasa Arab.

Jemaah Menteri minggu lepas bersetuju selepas menerima rayuan supaya membenarkan calon SPM mengambil dua lagi mata pelajaran tambahan kepada maksimum 10 mata pelajaran.

Keputusan keseluruhan SPM bagaimanapun dihadkan kepada 10 mata pelajaran utama.

"Dengan formula 10+2 ini, tidak timbul lagi masalah pelajar yang tidak dibenarkan mengambil mata pelajaran Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Kesusasteraan Cina dan Kesusasteraan Tamil.

"Mereka boleh mengambil mana-mana satu atau dua mata pelajaran tambahan ini tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan di atas," kata Alimuddin.

Kelonggaran itu boleh diguna pakai untuk pelajar semua aliran.

Alimuddin berkata syarat-syarat lain pengambilan mata pelajaran dalam peperiksaan SPM, termasuk syarat mata pelajaran teras dan mata pelajaran elektif sedia ada, juga kekal.

Kata beliau pelajar aliran agama sains juga boleh mengambil mana-mana 10 mata pelajaran dan satu mata pelajaran tambahan iaitu Bahasa Arab walaupun selepas 2010.

Kumpulan yang mewakili sekolah agama dalam beberapa pertemuan dengan Kementerian Pelajaran telah menyatakan 11 mata pelajaran telah mencukupi, kata Alimuddin. BERNAMA

Thursday, December 10, 2009

BILANGAN MATA PELAJARAN SPM

KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

FORMULA 10 + 2
BILANGAN MATA PELAJARAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

1. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Jun 2009 telah membuat keputusan bahawa mulai tahun 2010 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dihadkan untuk mengambil maksimum 10 mata pelajaran kecuali murid-murid aliran agama sains yang boleh mengambil 11 mata pelajaran sehingga tahun 2010 sahaja.

2. Kerajaan telah menerima pandangan pelbagai pihak yang mendakwa keputusan itu menyebabkan murid Cina dan murid India terhalang daripada mengambil mata pelajaran Bahasa Cina atau Bahasa Tamil dan Kesusasteraan Cina atau Kesusasteraan Tamil.

3. Sukacita saya maklumkan bahawa dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 4 Disember 2009, kerajaan telah bersetuju menerima rayuan pelbagai pihak agar murid dibenarkan mengambil dua lagi mata pelajaran tambahan dalam peperiksaan SPM mulai tahun peperiksaan 2010. Dua mata pelajaran tambahan tersebut adalah Bahasa Cina atau Bahasa Tamil DAN Kesusasteraan Cina atau Kesusasteraan Tamil. Sehubungan dengan keputusan ini, murid juga dibenarkan mengambil Bahasa Arab sebagai salah satu mata pelajaran tambahan.

4. Formula 10 + 2 ini bermaksud dasar mengehadkan 10 mata pelajaran dalam peperiksaan SPM yang diputuskan terdahulu, adalah kekal tetapi kelonggaran diberi kepada murid untuk mengambil tidak lebih daripada dua mata pelajaran tambahan seperti dinyatakan di atas sahaja. Kelonggaran ini boleh diguna pakai untuk semua murid di semua aliran. Syarat-syarat lain pengambilan mata pelajaran dalam peperiksaan SPM, termasuk syarat mata pelajaran teras dan mata pelajaran elektif sedia ada, juga kekal.

5. Selain maksud yang dinyatakan dalam perenggan 4 di atas, Formula 10 + 2 diterima oleh kerajaan dengan syarat-syarat berikut:

(i) mata pelajaran tambahan yang dinyatakan di atas akan hanya diambil kira dalam penganugerahan Biasiswa Nasional Tajaan Kerajaan sekiranya ianya termasuk dalam 10 matapelajaran maksimum yang diambil oleh murid.

(ii) mata pelajaran tambahan yang dinyatakan di atas akan hanya diambil kira dalam pengiraan mata, bagi tujuan kemasukan ke kursus-kursus Pengajian Bahasa Tamil atau Bahasa Cina atau Bahasa Arab atau kursus-kursus berkaitan di IPTA.

(iii) kedua-dua mata pelajaran tambahan itu boleh digunakan bagi menyertai latihan perguruan untuk menjadi guru bahasa Cina atau bahasa Tamil atau bahasa Arab.

(iv) keputusan dalam peperiksaan SPM bagi kedua-dua mata pelajaran tambahan itu akan dicatatkan di atas sijil SPM yang sama.

6. Dengan formula 10 + 2 ini, tidak timbul lagi masalah murid yang tidak dibenarkan mengambil mata pelajaran Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Kesusasteraan Cina dan Kesusasteraan Tamil. Mereka boleh mengambil mana-mana satu atau dua mata pelajaran tambahan ini tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan di atas.

7. Murid aliran agama sains juga boleh mengambil mana-mana 10 mata pelajaran dan satu mata pelajaran tambahan iaitu Bahasa Arab (lihat lampiran) walaupun selepas 2010. Kumpulan yang mewakili sekolah agama dalam beberapa pertemuan dengan KPM menyatakan 11 mata pelajaran telah mencukupi.

8. Keputusan kerajaan membenarkan dua mata pelajaran tambahan dalam peperiksaan SPM ini adalah selaras dengan peruntukan Akta Pendidikan 1996 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Tan Sri Dato’ Hj. Alimuddin bin Hj. Mohd Dom
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
7 Disember 2009

Lampiran

Contoh pilihan mata pelajaran murid aliran sains dan murid aliran agama sains

Aliran Sains

1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik
4. Sejarah
5. Pendidikan Moral
6. Fizik
7. Kimia
8. Biologi
9. Matematik Tambahan
10. Prinsip Akaun

Mata pelajaran tambahan
1. Bahasa Tamil
2. Kesusasteraan Tamil

Aliran Agama Sains
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik
4. Sejarah
5. Fizik
6. Kimia
7. Biologi
8. Matematik Tambahan
9. Pendidikan Quran dan Sunnah
10. Pendidikan Syariah Islamiah

Mata pelajaran tambahan
1. Bahasa Arab

Nota: Mata pelajaran tambahan TIDAK boleh diganti dengan mata pelajaran lain selain Bahasa Cina/BahasaTamil/Bahasa Arab dan Kesusasteraan Cina/Kesusasteraan Tamil

* Sumber laman web KPM

Saturday, December 5, 2009

Calon SPM boleh ambil 12 subjek

PUTRAJAYA: Kabinet bersetuju membenarkan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengambil tambahan dua subjek, tetapi keputusan keseluruhan hanya dikira berdasarkan 10 mata pelajaran utama.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Kabinet membuat keputusan itu selepas mengambil kira rayuan yang dikemukakan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam yang mewakili banyak pihak.

"Secara dasarnya, 10 subjek utama itu kekal, tapi kita beri kelonggaran kepada pelajar... mereka boleh membuat opsyen sama ada nak ambil Bahasa Cina atau Tamil, Kesusasteraan Cina atau Kesusasteraan Tamil.

"Mereka boleh ambil 12 atau 11 subjek tetapi itu tidak mengambil kira dalam perkara 10 subjek asas dan elektif," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tanah Negara di sini, petang semalam.

Jun lalu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, mengumumkan bahawa pelajar hanya dibenarkan mengambil maksimum 10 mata pelajaran bagi SPM bermula tahun depan.

Kelmarin, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimud-din Mohd Dom dilaporkan berkata sekolah dicadang mengeluarkan sijil khas mengiktiraf pencapaian pelajar dalam subjek tambahan yang diambil apabila peperiksaan SPM dihadkan kepada 10 subjek.

Alimuddin berkata, menerusi pelaksanaan langkah itu, guru menilai kemampuan pelajar dalam subjek tambahan diambil dan sekolah mengeluarkan sijil berdasarkan laporan penilaian itu.

Muhyiddin berkata, pengambilan subjek tambahan itu membolehkan pelajar menggunakan keputusan yang diperoleh, seperti untuk menjadi guru bahasa Tamil.

Beliau bagaimanapun berkata, keputusan mata pelajaran tambahan itu tidak akan diambil kira dalam pemberian biasiswa dan sebagainya.

PEPERIKSAAN EKONOMI ASAS (3757)

TARIKH:07 DISEMBER 2009(ISNIN)
KERTAS 1-08:00 HINGGA 09:15
KERTAS 2-10:00 HINGGA 12:00

Beberapa tips harus fokuskan:
Tingkatan 4
Bab 1
-sistem ekonomi**baca keempat-empat sistem
-masalah ekonomi*kekurangan,pilihan,kos lepas
-masalah asas ekonomi*apa,berapa.....
Bab 2
-pendapatan boleh guna
-faktor pemilihan pekerjaan
Bab 3
-permintaan*penentu permintaan
-keanjalan
Bab 4
-kos-kos pengeluaran
-keanjalan
Bab 5
-pasaran
-aliran pusingan pendapatan

Tingkatan 5
Bab 1
-jenis-jenis barang
-fungsi wang
-ciri-ciri wang
-bank perdagangan
-bank pusat**comfirm keluar-fungsi,mengatasi inflasi dan deflasi
-konsep islam
Bab 2
-belanjawan negara-hasil&perbelanjaan
-cukai langsung& tak langsung
-hutang negara
-faktor mempengaruhi perubahan struktur ekonomi*tahun ke tahun
Bab 3
-sekatan perdagangan*soalan wajib
-pertukaran asing*soalan wajib

Saya berdoa semua boleh lulus dan dapat A.Bagi siapa yg tak ambil subjek tambahan.Inilah kertas yang terakhir anda ambil pada peringkat menengah.Kita jumpa pada bulan Mac 2010.

Ceria

Chen Wei

**Bagi 5 Luhur,tolong laman web 5 luhur.Informasi yg baru akan diberitahu di blog 5 Luhur.

Sunday, November 29, 2009

PEPERIKSAAN PRINSIP PERAKAUNAN (3756)

TARIKH : 01 DISEMBER 2009 (SELASA)
KERTAS 1 – 8.00 pg HINGGA 9.15 pg

KERTAS 2 – 10.00 pg HINGGA 12.30 tgh


Beberapa tips harus fokuskan:
1)Dokumen
2)Perkongsian(Pembubaran)
3)Titik Pulang Modal
4)Rekod Tak Lengkap(Kaedah Analisis)
5)Tafsiran Penyata Kewangan
6)Hutang Lapuk.Hutang Ragu
7)Pelarasan
8)Penyata Penyesuaian Bank
9) Kelab Persatuan
10)Buku Tunai Runcit

Saya berdoa dan semoga kelas 5 Luhur dapat keputusan yang cermelang dalam SPM.

Ceria

Chen Wei

Friday, November 27, 2009

Semakan Status Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Siri 7/2010

Semakan Penempatan Pelatih Kumpulan 1 Siri 7/2010 boleh dibuat melalui Laman Web Rasmi Jabatan : http://www.khidmatnegara.gov.my/


atau melalui SMS

1. Semakan Status Terpilih Menjalani Latihan PLKN

Contoh : taip PLKN SEMAK Nombor Kad Pengenalan

dan sms ke 15888

2. Semakan Penempatan Pelatih Di Kem-Kem PLKN


Contoh : taip PLKN KEM Nombor Kad pengenalan

dan sms ke 15888

3. Muatturun Borang-Borang (Document On Demand)

Contoh : taip PLKN 2 Nombor Kad pengenalan

dan sms ke 15888

PLKN : Kod Borang :
1 – Tangguh
2 – Kecuali
3 – RenewTangguh
4 – RayuTangguh
5 – Sukarela
6 – Jurulatih

Sila taip BORANG [Kod Borang] [emel] dan SMS ke 15888

Contoh untuk muatturun borang penangguhan : PLKN BORANG1 ahmadkamal@yahoo.com



Seramai 146,000 pelatih akan mengikuti tiga sesi latihan bermula Januari 2010 di kesemua 83 kem latihan seluruh Malaysia.

Kumpulan 1 : Sesi latihan 2-1-2010 → 14-3-2010

Kumpulan 2 : Sesi latihan 27-3-2010 → 12-6-2010

Kumpulan 3 : Sesi latihan 19-6-2010 → 2-9-2010




Semakan Status Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Siri 7/2010

(1) Melalui Kad pengenalan

Laman Web : www.khidmatnegara.gov.my

(2) Melalui SMS 15888

Taip PLKN SEMAK dan hantarkan ke 15888
e.g.: PLKN SEMAK 921212115050
Taipkan PLKN(ruang)MENU

Taip PLKN(ruang) dan hantarkan ke 15888

1 – Alamat Jabatan Latihan Khidmat Negara
2 – Senarai Borang Untuk Di Download
3 – Info Tender Di Jabatan Latihan Khidmat Negara
4 – Info Sebutharga Di Jabatan Latihan Khidmat Negara
e.g.: PLKN 1

Taip PLKN BORANG1(ruang) dan hantarkan ke 15888

BORANG1 – Permohonan Penangguhan
BORANG2 – Permohonan Pengecualian
BORANG3 – Permohonan Pembaharuan Penangguhan
BORANG4 – Permohonan Rayuan Penangguhan
BORANG5 – Permohonan Kemasukan Sukarela
BORANG6 – Borang Perakuan Kesihatan
e.g.: PLKN BORANG1 abc@abc.com.my

Sunday, November 1, 2009

KEMASUKAN KE IPTA BERDASARKAN SISTEM GRED BARU SPM


Syarat kelayakan untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dan setaraf untuk memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) akan diperketat mulai tahun depan. Hal ini adalah berikutan pengiraan merit untuk pemohon yang akan menggunakan penggredan baru iaitu kelulusan A+. Kaedah pengiraan markah tersebut bertujuan memilih pelajar terbaik di kalangan yang terbaik.Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan melaksanakan kaedah pengiraan markah merit terkini dengan perubahan kecil kepada kaedah sedia ada.
Kaedah tersebut juga mengambil kira syarat khas kemasukan program pengajian dengan memastikan pelajar yang dulunya mendapat gred 6C (kepujian) tidak diturun taraf ke gred lebih rendah.
Melaui penggredan baru, pelajar yang memperoleh A kini terbahagi kepada tiga kategori iaitu A+, A dan A-. Ini bermakna mereka yang mendapat A+ bakal memperoleh nilai markah bagi pengiraan merit sebanyak 18, A (16) manakala A- (14).
Contohnya, jika sebelum ini keseluruhan A bagi sesuatu subjek dikira berdasarkan markah 90-100 tetapi melalui penggredan baru ini akan ada pemerincian seperti 99-100 (A+), 98-95 (A) manakala 94-90 (A-).

Syarat khas program pengajian dan pemilihan calon ke IPTA bagi sesi akademik 2010/2011 akan dilaksanakan secara dua kaedah dalam proses transisi. Pertama, kaedah sedia ada bagi calon lepasan SPM 2008 dan sebelumnya dan kedua, kaedah terkini bagi calon lepasan SPM 2009. Kaedah ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar bukan tahun semasa mengemukakan permohonan serta dipertimbangkan secara adil, telus serta bersistematik dalam pemilihan kemasukan ke IPTA berasaskan dasar sedia ada.
utusan.com.my

TIP PEPERIKSAAN-2009 SPM SEJARAH

TIP PEPERIKSAAN
2009 SPM SEJARAH
NO. BAB TOPIK
1 T4 BAB 3 Kerajaan Agraria / Pengaruh Hindu dan Buddha dalam kesenian dan kesasteraan.
2 T4 BAB 5 Hijrah dan Piagam Madinah
3 T4 BAB 6 Kerajaan Bani Umaiyah / Turki Uthmaniyah
4 T4 BAB 8 Sistem PerundanganSistem Pendidikan Formal / Tidak Formal
5 T4 BAB 9 Zaman Gelap / Penjelajahan
6 T5 BAB 1 Cirri-ciri Birokrasi Barat dan kesan
T5 BAB 2 Peranan akhbar / majalah dan novelPeranan Persatuan Melayu
7 T5 BAB 3 Cirri-ciri Negara / Bangsa dan Kesultanan Melayu Melaka
8 T5 BAB 5 Pakatan Murni
T5 BAB 7 Raja Berpelembagaan di LAmbang Negara
9 T5 BAB 9 Dasar Luar Malaysia / Pertubuhan Antarabangsa seperti NAM / OIC

2009 SPM EXAM TIPS – SCIENCE

PAPER 2
SECTION A
1. Factors that affect the growth at bacteria.
Harmful effects / diseases
1. Alloy – hardness / structure
2. Properties of Substances / metals non – metals
3. Pressure – Bernoulli / Momentum

SECTION B
1. Nervous system / Proprioceptor
2. Heredity – mechanism of inheritance / mutation / diseases
3. Radioactive substance & uses
4. Soap / Alcohol
5. Radio Waves / satellite
SECTION C
1. Light Colour
2. Electrolysis
3. Method of Food Processing / label


andrewchoo.edu.my

Friday, October 16, 2009

PERUBAHAN SISTEM PENGGREDAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) MULAI TAHUN 2009

PERUBAHAN SISTEM PENGGREDAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) MULAI TAHUN 2009

Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 9 September 2009 telah bersetuju supaya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan sistem penggredan baru Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun peperiksaan 2009. Perubahan sistem penggredan ini bertujuan memperincikan pencapaian Gred A calon yang mencapai tahap sangat cemerlang di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

2. Perubahan ini melibatkan penambahan Gred A+ yang lebih tinggi daripada gred tertinggi sedia ada 1A. Gred-gred lain diubah seperti jadual berikut:


3. Adalah menjadi tanggungjawab Pengetua dan pengurus sekolah memberikan penjelasan yang secukupnya berhubung sistem penggredan baru kepada semua murid yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun 2009. Ini adalah penting kerana urusan permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi bagi tahun kemasukan 2010 akan mengguna pakai sistem penggredan baru ini.

4. Sila memaklumkan kandungan surat pekeliling ikhtisas ini kepada semua pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan semua pengetua di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan.
Sekian. Terima Kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

TAN SRI DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD DOM
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia

Diterbitkan Oleh: Bahagian Hal Ehwal Korporat