Hi, Welcome to my blog, enjoy reading.
RSS

Saturday, December 12, 2009

Garis Panduan Mata Pelajaran Tambahan SPM

KUALA LUMPUR: Mata pelajaran tambahan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diambil kira dalam penganugerahan Biasiswa Nasional tajaan kerajaan sekiranya ianya termasuk dalam 10 mata pelajaran maksimum yang diambil oleh calon, kata Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom hari ini.

Bahasa Arab juga termasuk dalam senarai mata pelajaran tambahan selain daripada Bahasa Cina atau Tamil dan Kesusasteraan Cina dan Tamil.

Mata pelajaran tambahan tidak boleh diganti dengan mata pelajaran lain.

"Mata pelajaran tambahan yang dinyatakan di atas akan hanya diambil kira dengan pengiraan mata, bagi tujuan kemasukan ke kursus-kursus Pengajian Bahasa Tamil atau Bahasa Cina atau Bahasa Arab atau kursus-kursus berkaitan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA)," kata beliau dalam satu kenyataan.

Alimuddin berkata keputusan kedua-dua mata pelajaran tambahan tersebut akan dicatatkan pada sijil SPM yang sama dan juga boleh digunakan bagi menyertai latihan penguruan bagi pelantikan guru Bahasa Cina, Bahasa Tamil atau Bahasa Arab.

Jemaah Menteri minggu lepas bersetuju selepas menerima rayuan supaya membenarkan calon SPM mengambil dua lagi mata pelajaran tambahan kepada maksimum 10 mata pelajaran.

Keputusan keseluruhan SPM bagaimanapun dihadkan kepada 10 mata pelajaran utama.

"Dengan formula 10+2 ini, tidak timbul lagi masalah pelajar yang tidak dibenarkan mengambil mata pelajaran Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Kesusasteraan Cina dan Kesusasteraan Tamil.

"Mereka boleh mengambil mana-mana satu atau dua mata pelajaran tambahan ini tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan di atas," kata Alimuddin.

Kelonggaran itu boleh diguna pakai untuk pelajar semua aliran.

Alimuddin berkata syarat-syarat lain pengambilan mata pelajaran dalam peperiksaan SPM, termasuk syarat mata pelajaran teras dan mata pelajaran elektif sedia ada, juga kekal.

Kata beliau pelajar aliran agama sains juga boleh mengambil mana-mana 10 mata pelajaran dan satu mata pelajaran tambahan iaitu Bahasa Arab walaupun selepas 2010.

Kumpulan yang mewakili sekolah agama dalam beberapa pertemuan dengan Kementerian Pelajaran telah menyatakan 11 mata pelajaran telah mencukupi, kata Alimuddin. BERNAMA

Thursday, December 10, 2009

BILANGAN MATA PELAJARAN SPM

KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

FORMULA 10 + 2
BILANGAN MATA PELAJARAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

1. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Jun 2009 telah membuat keputusan bahawa mulai tahun 2010 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dihadkan untuk mengambil maksimum 10 mata pelajaran kecuali murid-murid aliran agama sains yang boleh mengambil 11 mata pelajaran sehingga tahun 2010 sahaja.

2. Kerajaan telah menerima pandangan pelbagai pihak yang mendakwa keputusan itu menyebabkan murid Cina dan murid India terhalang daripada mengambil mata pelajaran Bahasa Cina atau Bahasa Tamil dan Kesusasteraan Cina atau Kesusasteraan Tamil.

3. Sukacita saya maklumkan bahawa dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 4 Disember 2009, kerajaan telah bersetuju menerima rayuan pelbagai pihak agar murid dibenarkan mengambil dua lagi mata pelajaran tambahan dalam peperiksaan SPM mulai tahun peperiksaan 2010. Dua mata pelajaran tambahan tersebut adalah Bahasa Cina atau Bahasa Tamil DAN Kesusasteraan Cina atau Kesusasteraan Tamil. Sehubungan dengan keputusan ini, murid juga dibenarkan mengambil Bahasa Arab sebagai salah satu mata pelajaran tambahan.

4. Formula 10 + 2 ini bermaksud dasar mengehadkan 10 mata pelajaran dalam peperiksaan SPM yang diputuskan terdahulu, adalah kekal tetapi kelonggaran diberi kepada murid untuk mengambil tidak lebih daripada dua mata pelajaran tambahan seperti dinyatakan di atas sahaja. Kelonggaran ini boleh diguna pakai untuk semua murid di semua aliran. Syarat-syarat lain pengambilan mata pelajaran dalam peperiksaan SPM, termasuk syarat mata pelajaran teras dan mata pelajaran elektif sedia ada, juga kekal.

5. Selain maksud yang dinyatakan dalam perenggan 4 di atas, Formula 10 + 2 diterima oleh kerajaan dengan syarat-syarat berikut:

(i) mata pelajaran tambahan yang dinyatakan di atas akan hanya diambil kira dalam penganugerahan Biasiswa Nasional Tajaan Kerajaan sekiranya ianya termasuk dalam 10 matapelajaran maksimum yang diambil oleh murid.

(ii) mata pelajaran tambahan yang dinyatakan di atas akan hanya diambil kira dalam pengiraan mata, bagi tujuan kemasukan ke kursus-kursus Pengajian Bahasa Tamil atau Bahasa Cina atau Bahasa Arab atau kursus-kursus berkaitan di IPTA.

(iii) kedua-dua mata pelajaran tambahan itu boleh digunakan bagi menyertai latihan perguruan untuk menjadi guru bahasa Cina atau bahasa Tamil atau bahasa Arab.

(iv) keputusan dalam peperiksaan SPM bagi kedua-dua mata pelajaran tambahan itu akan dicatatkan di atas sijil SPM yang sama.

6. Dengan formula 10 + 2 ini, tidak timbul lagi masalah murid yang tidak dibenarkan mengambil mata pelajaran Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Kesusasteraan Cina dan Kesusasteraan Tamil. Mereka boleh mengambil mana-mana satu atau dua mata pelajaran tambahan ini tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan di atas.

7. Murid aliran agama sains juga boleh mengambil mana-mana 10 mata pelajaran dan satu mata pelajaran tambahan iaitu Bahasa Arab (lihat lampiran) walaupun selepas 2010. Kumpulan yang mewakili sekolah agama dalam beberapa pertemuan dengan KPM menyatakan 11 mata pelajaran telah mencukupi.

8. Keputusan kerajaan membenarkan dua mata pelajaran tambahan dalam peperiksaan SPM ini adalah selaras dengan peruntukan Akta Pendidikan 1996 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Tan Sri Dato’ Hj. Alimuddin bin Hj. Mohd Dom
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
7 Disember 2009

Lampiran

Contoh pilihan mata pelajaran murid aliran sains dan murid aliran agama sains

Aliran Sains

1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik
4. Sejarah
5. Pendidikan Moral
6. Fizik
7. Kimia
8. Biologi
9. Matematik Tambahan
10. Prinsip Akaun

Mata pelajaran tambahan
1. Bahasa Tamil
2. Kesusasteraan Tamil

Aliran Agama Sains
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik
4. Sejarah
5. Fizik
6. Kimia
7. Biologi
8. Matematik Tambahan
9. Pendidikan Quran dan Sunnah
10. Pendidikan Syariah Islamiah

Mata pelajaran tambahan
1. Bahasa Arab

Nota: Mata pelajaran tambahan TIDAK boleh diganti dengan mata pelajaran lain selain Bahasa Cina/BahasaTamil/Bahasa Arab dan Kesusasteraan Cina/Kesusasteraan Tamil

* Sumber laman web KPM

Saturday, December 5, 2009

Calon SPM boleh ambil 12 subjek

PUTRAJAYA: Kabinet bersetuju membenarkan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengambil tambahan dua subjek, tetapi keputusan keseluruhan hanya dikira berdasarkan 10 mata pelajaran utama.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Kabinet membuat keputusan itu selepas mengambil kira rayuan yang dikemukakan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam yang mewakili banyak pihak.

"Secara dasarnya, 10 subjek utama itu kekal, tapi kita beri kelonggaran kepada pelajar... mereka boleh membuat opsyen sama ada nak ambil Bahasa Cina atau Tamil, Kesusasteraan Cina atau Kesusasteraan Tamil.

"Mereka boleh ambil 12 atau 11 subjek tetapi itu tidak mengambil kira dalam perkara 10 subjek asas dan elektif," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tanah Negara di sini, petang semalam.

Jun lalu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, mengumumkan bahawa pelajar hanya dibenarkan mengambil maksimum 10 mata pelajaran bagi SPM bermula tahun depan.

Kelmarin, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimud-din Mohd Dom dilaporkan berkata sekolah dicadang mengeluarkan sijil khas mengiktiraf pencapaian pelajar dalam subjek tambahan yang diambil apabila peperiksaan SPM dihadkan kepada 10 subjek.

Alimuddin berkata, menerusi pelaksanaan langkah itu, guru menilai kemampuan pelajar dalam subjek tambahan diambil dan sekolah mengeluarkan sijil berdasarkan laporan penilaian itu.

Muhyiddin berkata, pengambilan subjek tambahan itu membolehkan pelajar menggunakan keputusan yang diperoleh, seperti untuk menjadi guru bahasa Tamil.

Beliau bagaimanapun berkata, keputusan mata pelajaran tambahan itu tidak akan diambil kira dalam pemberian biasiswa dan sebagainya.

PEPERIKSAAN EKONOMI ASAS (3757)

TARIKH:07 DISEMBER 2009(ISNIN)
KERTAS 1-08:00 HINGGA 09:15
KERTAS 2-10:00 HINGGA 12:00

Beberapa tips harus fokuskan:
Tingkatan 4
Bab 1
-sistem ekonomi**baca keempat-empat sistem
-masalah ekonomi*kekurangan,pilihan,kos lepas
-masalah asas ekonomi*apa,berapa.....
Bab 2
-pendapatan boleh guna
-faktor pemilihan pekerjaan
Bab 3
-permintaan*penentu permintaan
-keanjalan
Bab 4
-kos-kos pengeluaran
-keanjalan
Bab 5
-pasaran
-aliran pusingan pendapatan

Tingkatan 5
Bab 1
-jenis-jenis barang
-fungsi wang
-ciri-ciri wang
-bank perdagangan
-bank pusat**comfirm keluar-fungsi,mengatasi inflasi dan deflasi
-konsep islam
Bab 2
-belanjawan negara-hasil&perbelanjaan
-cukai langsung& tak langsung
-hutang negara
-faktor mempengaruhi perubahan struktur ekonomi*tahun ke tahun
Bab 3
-sekatan perdagangan*soalan wajib
-pertukaran asing*soalan wajib

Saya berdoa semua boleh lulus dan dapat A.Bagi siapa yg tak ambil subjek tambahan.Inilah kertas yang terakhir anda ambil pada peringkat menengah.Kita jumpa pada bulan Mac 2010.

Ceria

Chen Wei

**Bagi 5 Luhur,tolong laman web 5 luhur.Informasi yg baru akan diberitahu di blog 5 Luhur.

Sunday, November 29, 2009

PEPERIKSAAN PRINSIP PERAKAUNAN (3756)

TARIKH : 01 DISEMBER 2009 (SELASA)
KERTAS 1 – 8.00 pg HINGGA 9.15 pg

KERTAS 2 – 10.00 pg HINGGA 12.30 tgh


Beberapa tips harus fokuskan:
1)Dokumen
2)Perkongsian(Pembubaran)
3)Titik Pulang Modal
4)Rekod Tak Lengkap(Kaedah Analisis)
5)Tafsiran Penyata Kewangan
6)Hutang Lapuk.Hutang Ragu
7)Pelarasan
8)Penyata Penyesuaian Bank
9) Kelab Persatuan
10)Buku Tunai Runcit

Saya berdoa dan semoga kelas 5 Luhur dapat keputusan yang cermelang dalam SPM.

Ceria

Chen Wei

Friday, November 27, 2009

Semakan Status Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Siri 7/2010

Semakan Penempatan Pelatih Kumpulan 1 Siri 7/2010 boleh dibuat melalui Laman Web Rasmi Jabatan : http://www.khidmatnegara.gov.my/


atau melalui SMS

1. Semakan Status Terpilih Menjalani Latihan PLKN

Contoh : taip PLKN SEMAK Nombor Kad Pengenalan

dan sms ke 15888

2. Semakan Penempatan Pelatih Di Kem-Kem PLKN


Contoh : taip PLKN KEM Nombor Kad pengenalan

dan sms ke 15888

3. Muatturun Borang-Borang (Document On Demand)

Contoh : taip PLKN 2 Nombor Kad pengenalan

dan sms ke 15888

PLKN : Kod Borang :
1 – Tangguh
2 – Kecuali
3 – RenewTangguh
4 – RayuTangguh
5 – Sukarela
6 – Jurulatih

Sila taip BORANG [Kod Borang] [emel] dan SMS ke 15888

Contoh untuk muatturun borang penangguhan : PLKN BORANG1 ahmadkamal@yahoo.com



Seramai 146,000 pelatih akan mengikuti tiga sesi latihan bermula Januari 2010 di kesemua 83 kem latihan seluruh Malaysia.

Kumpulan 1 : Sesi latihan 2-1-2010 → 14-3-2010

Kumpulan 2 : Sesi latihan 27-3-2010 → 12-6-2010

Kumpulan 3 : Sesi latihan 19-6-2010 → 2-9-2010




Semakan Status Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Siri 7/2010

(1) Melalui Kad pengenalan

Laman Web : www.khidmatnegara.gov.my

(2) Melalui SMS 15888

Taip PLKN SEMAK dan hantarkan ke 15888
e.g.: PLKN SEMAK 921212115050
Taipkan PLKN(ruang)MENU

Taip PLKN(ruang) dan hantarkan ke 15888

1 – Alamat Jabatan Latihan Khidmat Negara
2 – Senarai Borang Untuk Di Download
3 – Info Tender Di Jabatan Latihan Khidmat Negara
4 – Info Sebutharga Di Jabatan Latihan Khidmat Negara
e.g.: PLKN 1

Taip PLKN BORANG1(ruang) dan hantarkan ke 15888

BORANG1 – Permohonan Penangguhan
BORANG2 – Permohonan Pengecualian
BORANG3 – Permohonan Pembaharuan Penangguhan
BORANG4 – Permohonan Rayuan Penangguhan
BORANG5 – Permohonan Kemasukan Sukarela
BORANG6 – Borang Perakuan Kesihatan
e.g.: PLKN BORANG1 abc@abc.com.my

Sunday, November 1, 2009

KEMASUKAN KE IPTA BERDASARKAN SISTEM GRED BARU SPM


Syarat kelayakan untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dan setaraf untuk memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) akan diperketat mulai tahun depan. Hal ini adalah berikutan pengiraan merit untuk pemohon yang akan menggunakan penggredan baru iaitu kelulusan A+. Kaedah pengiraan markah tersebut bertujuan memilih pelajar terbaik di kalangan yang terbaik.Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan melaksanakan kaedah pengiraan markah merit terkini dengan perubahan kecil kepada kaedah sedia ada.
Kaedah tersebut juga mengambil kira syarat khas kemasukan program pengajian dengan memastikan pelajar yang dulunya mendapat gred 6C (kepujian) tidak diturun taraf ke gred lebih rendah.
Melaui penggredan baru, pelajar yang memperoleh A kini terbahagi kepada tiga kategori iaitu A+, A dan A-. Ini bermakna mereka yang mendapat A+ bakal memperoleh nilai markah bagi pengiraan merit sebanyak 18, A (16) manakala A- (14).
Contohnya, jika sebelum ini keseluruhan A bagi sesuatu subjek dikira berdasarkan markah 90-100 tetapi melalui penggredan baru ini akan ada pemerincian seperti 99-100 (A+), 98-95 (A) manakala 94-90 (A-).

Syarat khas program pengajian dan pemilihan calon ke IPTA bagi sesi akademik 2010/2011 akan dilaksanakan secara dua kaedah dalam proses transisi. Pertama, kaedah sedia ada bagi calon lepasan SPM 2008 dan sebelumnya dan kedua, kaedah terkini bagi calon lepasan SPM 2009. Kaedah ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar bukan tahun semasa mengemukakan permohonan serta dipertimbangkan secara adil, telus serta bersistematik dalam pemilihan kemasukan ke IPTA berasaskan dasar sedia ada.
utusan.com.my